Friday, September 26, 2008

.::mAt bhEntI sEk, sArA 8 AdIk::.

pg td on je pc, aku online utusan...dlm kite happy nk smbt raye, ada gak insan yg dlm kekurangan..sedih..kesian kat diorg...syukur Ya Allah atas sgala nikmat yg aku dpt skng ni...alhamdulillah...


YAN 25 Sept. – Tiada yang lebih membahagiakan hati seorang abang setiap kali tiba hari lebaran selain melihat adik-adiknya segak memakai pakaian baru.
Itulah yang dirasai oleh remaja berusia 14 tahun di Titi Bakong dekat sini yang sanggup berkorban meninggalkan alam persekolahan semata-mata untuk melengkapkan sambutan Hari Raya Aidilfitri buat lapan adiknya.
Mohd. Norshahrul Amri Anuar, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Yan di sini terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas bapanya dipenjarakan baru-baru ini.
“Walaupun saya kecewa dengan apa yang berlaku, sebagai anak sulung, saya berasa bertanggungjawab untuk menguruskan makan dan pakai adik-adik.
“Tak sanggup saya nak harapkan emak seorang diri menguruskan semua itu, tambahan pula adik-adik masih kecil untuk mengerti apa yang berlaku kepada keluarga kami,” katanya kepada Utusan Malaysia di rumahnya di Titi Bakong di sini.
Ekoran kedaifan itu, dia yang mesra dengan panggilan Mat terpaksa meninggalkan sekolah sejak awal bulan ini untuk bekerja sebagai kelindan lori dengan pendapatan harian RM10.
“Dengan pendapatan yang tidak seberapa, sedikit sebanyak ia dapat membantu emak menyediakan pakaian adik-adik tanpa hanya bergantung harap kepada ihsan jiran-jiran,” ujarnya.
Mohd. Norshahrul Amri, adik- adik dan ibunya hanya berteduh di sebuah bangsal membuat nira nipah milik datuk saudaranya.
“Walaupun bangsal ini tidak mempunyai sebarang kemudahan, ia sudah cukup membuatkan kami bersyukur kerana diberi tempat untuk berteduh,’’ ujarnya sayu sambil memandang ibunya, Norsidah Abu, 30.
Mohd. Norshahrul Amri juga terpaksa membantu ibunya menguruskan persekolahan empat adiknya iaitu Mastuti Nursiti Atika, 13; Ima Edayu, 11; Mohd. Adam, 9 dan Mohd. Wafi, 7.
Empat lagi adiknya ialah Mohd. Ellyas, 5; Mohd. Ellyasaq, 5; Nur Amisha, 3, dan Ahmad Danial, dua bulan.
Sementara itu, ibunya Norsidah berkata, jika diikutkan hati, dia tidak sanggup melihat Mohd. Norshahrul Amri berhenti sekolah untuk menyara mereka sekeluarga.
“Saya sering berkata kepadanya bahawa tempat dia adalah di sekolah dan bukannya di atas lori seperti sekarang.
“Tetapi dalam keadaan yang mendesak seperti ini, saya terpaksa membenarkan dia bekerja untuk mencari belanja makan dan minum kami terutama menjelang hari raya,” katanya.

p/s: Ya Allah..murahkanlah rezki mereka skluarga...

0 cOmmEnt: