Thursday, April 16, 2009

.::siar berita palsu : AMARAN KEPADA BLOGGERS::.

PUTRAJAYA 15 April – Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan perundangan ke atas penulis-penulis blog (bloggers) yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar) berkata, beliau yang akan memberi tumpuan memantau perkembangan laman-laman blog berharap golongan itu dapat bersama bertanggungjawab membantu memajukan negara dalam penulisan masing-masing.

‘‘Kalau terus menyebar berita palsu yang boleh mewujudkan lunas saman malu, kita tidak akan teragak- agak melaksanakan langkah perundangan.

‘‘Walaupun tidak sepakat (dengan kerajaan), saya harap bloggers dapat bekerjasama dalam memajukan bangsa dan negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Dalam pada itu, Rais berkata, Kabinet bersetuju mengemaskini nama Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Menurutnya, beliau mencadangkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet pertama hari ini dan ia dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

‘‘Kalau tidak nama kementerian ini panjang, lagipun aspek kesenian memang sedia ada dalam kebudayaan dan ia lebih afdal,” katanya.

8 cOmmEnt:

Ren said...

Rasa2 ada channnn tak nak emrasa dapat surat saman tuh???

Mohd Ridwan said...

hak3...
kalau aku ler, takde keje nye nak wat entry pasal dieorang tu.
tak mendatangkan keuntungan dari segi kewangan langsung..

.::c!kzUrA::. said...

mr.janggel:

huhu..slagi kite tak sebarkan bite palsu, takdela dpt..
tp kalu nk merasa, try la sebarkan dlu :D

.::c!kzUrA::. said...

ewan the lagend:

betul3!!!
buang masa n tenaga je..

Mya said...

huhu.. takutt...

Roti Kacang Merah said...

Dear Uncle Rais,
...aaaaaaaaaaaannnnd, UtusanMalaysia BeritaHarian TV 1 2 3 pula TIDAK menyebarkan berita-berita palsu lagi racists???

uncle ni ibarat bercakap pada cermin. either that, atau mulut uncle yang kat bawah tu bercakap hadap cermin. haha

uncle ingat rakyat ni bodoh agaknya, tak tahu undang-undang.

patut Utusan Malaysia disaman kerana frontpage hari Rabu hari tu kerana boleh mengakibatkan sentimen perkauman yang merbahaya. tapi, tak da pulak tindakan apa-apa diambil.

jangan baca utusan malaysia berita harian ni. very propagandic, macam suratkhabar negara komunis/zionis. baca harian metro 1000 kali lagi bagus.

Anonymous said...

em cik zura kf xamek port pon..

psst bolih ker diurg nk ushar2 semua blog kt mesia nieemm..urg xde keje aje yg wat cmtue..sah2 mkn gaji buta lol..hik3..

[aq merepek aje jgn amik seruis ok]

كازيرا said...

baru amaran..eheh

bukan hak blogger nak kasi pendapat ke..risau rahsia terbongkar kot..


p/s : pandai je haku..(^_^)